[Video]Dua penyelia pembersihan pukul gelandangan di Komtar ditahan

 

GEORGE TOWN – Dua lelaki yang disyaki mendatangkan kecerderaan memukul  seorang gelandangan dan OKU di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada 6 Oktober lalu telah ditahan.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Oku ini dipukul hingga berdarah

 

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, salah seorang mangsa membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang pada hari kejadian.

Beliau berkata, mangsa mendakwa membuat rakaman video melalui telefon bimbitnya tindakan dua lelaki sedang memukul seorang peminta sedekah menggunakan rotan kira-kira pukul 2 petang pada 6 Oktober lalu.

See also  [Video]Sukahati dia tendang gelandangan

Tindakan mangsa membuat rakaman  menyebabkan dua lelaki berkenaan tidak puas hati dan memukul mangsa.

Terdapat kesan lebam di belakang badan, siku dan bahagian betis, mangsa  telah mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Telah tular  sejak beberapa hari lalu di media sosial rakaman memaparkan kejadian berkenaan.

 

See also  Warga Emas hidup dalam kereta bawah jejantas Pasar Seni

Soffian berkata, siasatan awal polis mendapati dua lelaki berkenaan  sering memukul peminta sedekah dan gelandangan kerana mendakwa mereka sering membuat kotor di kawasan berkenaan.

“Polis turut merampas dua batang rotan yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memukul mangsa.

“Rekod  mendapati salah seorang suspek mempunyai dua jenayah lampau  namun ujian dadah mendapati  kedua-dua suspek adalah negatif,” katanya lagi.

See also  Kes buli orang Tua dirakam berlaku di Komtar Pulau Pinang

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video]Dua penyelia pembersihan pukul gelandangan di Komtar ditahan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376200
Users Today : 1734
Users Yesterday : 1470
Users Last 7 days : 16300
Users Last 30 days : 61689
Users This Month : 3204
Users This Year : 376199
Total Users : 376200
Views Today : 2573
Views Yesterday : 2277
Views Last 7 days : 24574
Views Last 30 days : 95203
Views This Month : 4850
Views This Year : 579544
Total views : 579545
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-02
0Shares