Pergaduhan di Changkat, Bukit Bintang didakwa , 3 didakwa 4 masih bebas
KUALA LUMPUR – Tiga lelaki tular dalam satu pergaduhan beberapa hari lalu di sebuah premis di Jalan Changkat, Bukit Bintang, Isnin lalu didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh R .Satyananthan, 52, yang merupakan warga tempatan mengaku bersalah dan didenda RM500 manakala dua lagi iaitu Symonenko Pavlo, 38, dan Peleshok Denys, 32, merupakan warga Ukraine mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
Pertuduhan dibacakan ke atas di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Ketiga-tiga Lelaki bersama empat lagi yang masih belum ditahan telah dituduh menimbulkan kekecohan pergaduhan ditempat terbuka.
Kejadian berkenaan dirakam di sebuah restoran di Changkat Bukit Bintang sekitar pukul 5.50 petang pada 10 Oktober 2021.
Mahkamah membenarkan tertuduh Symonenko dan Peleshok diikat jamin masing-masing RM1,000 dengan dua penjamin warga tempatan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Pergaduhan di Changkat, Bukit Bintang didakwa , 3 didakwa 4 masih bebas " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.