Operasi menjejaki individu hempas kucing hingga mati

Individu ini mungkin melakukan riadah senaman awal pagi dan mudah dikesan dengan membuat umpan kucing dan intipan berterusan dilokasi yang sama.
Satu rakaman kejadian mendera kucing dengan menhempas ke lantai hingga mati telah tular dalam media sosial sejak 13/19/2021.
Pelaku seorang individu tidak dikenali dilaporkan melakukan jenayah berkenaan pada 13 Oktober 2021 jam 6.40 pagi di hadapan sebuah premis perniagaan Lingkaran MITC Melaka.
Dalam rakaman memperlihatkan seekor kucing sedang nyenyak tidor di hadapan sebuah premis deretan kedai sebelum tiba seorang individu disyaki sedang berjoging mengangkat kucing tersebut memegang lalu menghempas ke lantai beberapa kali.
Individu ini mungkin melakukan riadah senaman awal pagi dan mudah dikesan dengan membuat umpan kucing dan intipan berterusan dilokasi yang sama.
Kemungkinan besar dia akan mengulangi jenayah ini dan tangkapan akan dapat dilakukan.
Pengadu yang membekalkan rakaman CCTV mendakwa tidak mengenali pelaku dan merayu mana-mana Penduduk di sekitar kawasan Ayer Keroh Heights adalah dimohon mengenal pasti pelaku kejam ini dan salurkan maklumat kepada Hotline jenayah Haiwan www.wasap.my/+60105394749
Bersama banteras jenayah haiwan. Berikan keadilan kepada haiwan dizalimi. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke : www.animalmalaysia.com/report-animal-crime
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Menjejaki individu hempas kucing hingga mati " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.