Allah Azzawajalla jadikan buah betik banyak biji ada manafaat antaranya.

Allah Azzawajalla jadikan buah betik istimewa banyak biji ada banyak manfaat antaranya..

 

Buah betik kaya dengan nutrisi untuk kesihatan manusia .

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Secara amalan turun temurun betik merupakan buah untuk perubatan. Dengan ciri mudah hadam, mengandungi fiber tinggi selain vitamin dan mineral, buah betik mempunyai kelebihan dari segi perubatan sejak zaman berzaman lagi.

Buah betik memiliki hampir keseluruhan zat  keperluan tubuh badan manusia juga dikatakan mampu bertindak sebagai tonik yang baik bagi pembesaran kanak-kanak, untuk wanita hamil dan juga ibu yang menyusui bayi mereka.

 

Kandungan fiber tinggi dalam betik amat sesuai dijadikan makanan  harian mengawal berat badan

 

 

Tak banyak yang tahu bahawa biji betik yang biasa kita buang, ternyata mempunyai pelbagai manfaat. Salah-satunya adalah membantu menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di dalam usus dan hati kita.

See also  Di Selangor, daerah Petaling sahaja lapor 1,530 kes

 

Pemakanan tidak sihat menyebabkan berlakunya pengumpulan bahan bahan logam berat dalam usus yang menyebabkan keradangan, gerd gastrik dan penyakit auto immune.

Air rebusan biji betik menjadi tonik berguna mengeluarkan racun racun dari badan, menguatkan buah pinggang, memperkasakan bakteria probiotik, melegakan sakit otot, sendi yang bukan kronik, menstabilkan gula dalam darah dan mengawal tekanan.

 

Ini teruji dalam kajian mengenai jus biji buah betik, secara signifikan dapat menurunkan kadar kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah), serta meningkatkan kadar HDL. Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan alkaloid, flavonoid, tanin, Saponi anthraquinones, dan anthocyanosides.

 

Biji betik juga mengandungi zat anti-kolesterol yang hebat di samping mempunyai kesan hipolipidemia dan bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah. Kesan hipolipidemia ini sangat berguna sebagai terapi alternatif hiperlipidemia yang hadir dalam lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi.

See also  Kunyit penawar masalah Hati berlemak ak

 

Adapun, saponin yang ada dalam biji betik bermanfaat untuk menurunkan aktiviti kolesterol serum seperti aksi resin, iaitu dengan mengurangkan peredaran enterohepatik asid hempedu. Melalui perencatan reaksi oksidasi kolesterol LDL ini maka dapat menurunkan kadar kolesterol darah.

 

Kandungan fitokimia mempunyai peranan aktif bagi pencegahan penyakit. Sementara flavonoid merupakan antioksidan yang dapat menangkap radikal bebas.

Pengambilan biji betik dalam diet harian dapat menurunkan berat badan dan paras kolesterol dalam darah.

 

Cara penyediaan Jus Biji Betik

Ada 3 cara penyediaan jus biji betik:

1. Merebus biji betik sehingga mendidih. Kemudian sejukkan dan tapis airnya untuk diminum. Boleh simpan didalam peti sejuk sehingga 3 hari.

See also  Bengkak prostat, zakar mati dan masalah kencing menyakitkan

 

2. Biji betik itu dikisar(blend) dan disajikan seperti kita membuat jus.

 

3. keringkan biji betik secara jemuran cahaya matahari , kemudian kisar menjadi serbuk. Bancuh serbuk seperti membancuh kopi.

Boleh tambah madu  atau perahan lemon mengikut citarasa. Elakkan menggunakan gula putih.

 

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Allah Azzawajalla jadikan buah betik banyak biji ada manafaat antaranya. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139405
Users Today : 581
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21534
Users Last 30 days : 74061
Users This Month : 33130
Users This Year : 139404
Total Users : 139405
Views Today : 775
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33423
Views Last 30 days : 114590
Views This Month : 51165
Views This Year : 213555
Total views : 213556
Who's Online : 38
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares