Menyamar Anggota Polis ambil dadah terlibat pergaduhan
KAJANG – Akhirnya tumpas juga aktiviti menyamar sebagai anggota polis, memiliki kad PDRM palsu dan terbabit dalam pergaduhan kawasan kedai Taman TTDI Groove Sabtu lepas

Polis menahan seorang lelaki tular menyamar sebagai polis dan mengeluarkan kad kuasa palsu untuk melindungi dirinya selepas suspek terlibat dengan satu pertelingkahan di deretan rumah kedai di Taman TTDI Groove di sini pada Sabtu.
Pihak polis bertindak berdasarkan satu laporan yang diterima pada jam 2:30 pagi berkaitan pertelingkahan isu tunggakan sewa rumah, telah berjaya menahan suspek.
Sebuah klip video berdurasi 50 saat tular di media sosial memaparkan suspek mendakwa dirinya bertugas di Balai Kajang dan mengaku berada di bawah pengaruh dadah.
Dalam kejadian berkenaan, suspek seorang lelaki tempatan berusia 30-an mengaku dirinya anggota polis serta mengeluarkan kad kuasa polis untuk melindungi diri.
Oleh kerana curiga pengadu dalam kejadian ini seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun telah menghubungi pihak polis untuk hadir ke lokasi kejadian.
Hasil pemeriksaan polis mendapati suspek menggunakan kad kuasa palsu dan ditahan oleh anggota polis peronda.
Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah berjaya merampas beberapa peralatan polis iaitu sepasang baju operasi polis tertera nama suspek, kasut, tali pinggang, satu unit gari dan kad kuasa polis.
Seperti dilaporkan oleh Portal Sinar Harian, suspek direman sehingga Jumaat untuk membantu siasatan membabitkan kes penyamaran sebagai anggota polis melibatkan suspek sebelum ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana menyamar polis dan memiliki barangan peralatan polis yang tidak sah di sisi undang-undang.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda, katanya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Menyamar Anggota Polis ambil dadah terlibat pergaduhan " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.