Pemandu sekolah memandu buka zip tunjuk kemaluan

 

Pemandu sekolah memandu buka zip tunjuk kemaluan

 

 Ancaman gangguan seksual cabul dan seumpamanya  semakin serius dan wajar diambil tindakan tegas.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar hiasan

Pasir Puteh- 19/10/2021 Seorang pemandu kontrak kepada sebuah sekolah memandu sedang disiasat berikutan satu laporan polis gangguan seksual keatas seorang pelajar perempuan sebuah sekolah memandu disini.

 

 

Pengurusan Akademi Memandu AmKist (Amkist) di sini menafikan dakwaan yang mengatakan tenaga pengajar di institut itu terlibat dalam kejadian menunjukkan kemaluannya kepada pelajar wanita di dalam sebuah kereta di Kampung Saring di sini semalam.

 

Pengarah Amkist, Noor Haslina Abdullah berkata, berdasarkan laporan mangsa, individu yang terlibat dalam kes itu sebenarnya bukan tenaga pengajar Amkist sebaliknya merupakan seorang pemandu kontrak di institut tersebut.

See also  Tular lelaki warga asing gangguan seksual keatas wanita

 

Menurutnya, suspek itu bekerja sebagai pemandu yang ditugaskan untuk mengambil dan menghantar pelajar yang datang belajar di Amkist.

 

“Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan Amkist telah menggantung tugas pemandu itu serta-merta sementara siasatan dalaman dijalankan.

 

“Selain itu, pemandu itu juga tidak melarikan diri seperti yang didakwa sesetengah pihak apabila dia datang bekerja seperti biasa pagi tadi sebelum menerima surat penggantungan tugas,” katanya

 

Tambah Noor Haslina, ekoran kejadian itu telah menjejas nama baik dan reputasi Amkist dalam industri pengendalian institut memandu di Kelantan.

 

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia 27 tahun bersama suspek di dalam kereta jenis Perodua Viva selepas menghantar pelajar lain apabila selesai ujian memandu di Bachok.

See also  Gangguan seksual keatas wanita di Kedai Cuci Kereta

 

Sewaktu dalam perjalanan menghantar mangsa, suspek dikatakan telah membuka zip seluar sebelum mengeluarkan kemaluannya.

 

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan terkutuk tersebut di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva pada Ahad.

 

“Ketika itu mangsa yang berusia 27 tahun berada di tempat duduk hadapan kereta yang dipandu suspek,” katanya

Terkejut dengan situasi itu, mangsa terus menghubungi ibu saudara agar segera mengambilnya.

 

Katanya, mangsa juga mengarahkan suspek memberhentikan kereta, namun tidak diendahkan sehingga memaksa wanita itu bertindak membuka pintu sewaktu kereta sedang bergerak.

 

Mohd Azmir berkata, suspek akhirnya memberhentikan kereta sebelum mangsa keluar dan melarikan diri ke kawasan rumah penduduk setempat untuk meminta bantuan.

See also  Video@Bawa Geng 20 kaki pukul kononnya kerana berang isterinya jadi mangsa cabul bekas majikan

 

“Mangsa yang merupakan seorang peniaga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh selepas kejadian,” katanya.

 

Menurutnya, polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu sekolah memandu buka zip tunjuk kemaluan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

377920
Users Today : 1515
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16059
Users Last 30 days : 61310
Users This Month : 4924
Users This Year : 377919
Total Users : 377920
Views Today : 2022
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 23899
Views Last 30 days : 94151
Views This Month : 7187
Views This Year : 581881
Total views : 581882
Who's Online : 12
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares