Video✓✓Penduduk gempar, gajah masuk kampung

Penduduk gempar, gajah masuk kampung

 

October 19, 2021

Penerokaan yang memusnahkan kawasan hutan yang selama ini menjadi pelindung kepada haiwan liar dikenal pasti melalui kajian kajian ekologi penyebab utama kepada haiwan berkenaan memasuki komuniti perkampungan manusia mencari makanan.

 

Kuala Nerus: Kejadian gajah, Harimau, beruang dan tenuk menceroboh kawasan penempatan manusia semakin kerap berlaku.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

Terkini penduduk di Kg Pengkalan Atap Batu Rakit gempar dengan berita Seekor gajah dilihat mundar mandir di sebatang jalan di kawasan perumahan berkenaan.

See also  COVID-19 22 Julai 2021 Jumlah kes adalah 13,034

 

Kejadian pukul 6 pagi itu menyaksikan Seekor gajah dewasa dalam keadaan tertekan telah merosakkan pintu pagar dan kenderaan seorang penduduk.

 

Hasil siasatan didapati lima rumah penduduk mengalami kerosakan pada pagar akibat serangan gajah itu.

 

 

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Loo Kean Seong ketika dihubungi berkata, gajah jantan yang dianggarkan seberat dua tan berjaya ditangkap kira-kira 10 pagi tadi.

Katanya, gajah liar yang dipercayai berusia berusia 10 tahun itu dipercayai haiwan yang sama berkeliaran di Sungai Tarom, Setiu pada Sabtu lalu.

See also  Muka pekerja kurier ‘rabak’ diserang anjing ketika hantar barang

 

“Gajah itu dikesan masuk ke kampung berkenaan hari ini dan berjaya ditangkap selepas ditembak dengan ubat pelali,” katanya.

 

Penerokaan yang memusnahkan kawasan hutan yang selama ini menjadi pelindung kepada haiwan liar dikenal pasti melalui kajian kajian ekologi penyebab utama kepada haiwan berkenaan memasuki komuniti perkampungan manusia mencari makanan.

 

Amat perlu dihentikan semua aktiviti yang memusnahkan habitat semulajadi haiwan berkenaan. Tindakan segera mampu memulihkan ekosistem dan mengembalikan keamanan kepada warga haiwan hutan yang diancam tanpa pembelaan.

See also  2-3-2021 KEADAAN SEMASA AWANG RASAU DI PUSAT MENYELAMAT HIDUPAN LIAR KEBANGSAAN (NWRC) SUNGKAI, PERAK

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Penduduk gempar, gajah masuk kampung " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

139588
Users Today : 764
Users Yesterday : 3536
Users Last 7 days : 21717
Users Last 30 days : 74244
Users This Month : 33313
Users This Year : 139587
Total Users : 139588
Views Today : 1042
Views Yesterday : 5142
Views Last 7 days : 33690
Views Last 30 days : 114857
Views This Month : 51432
Views This Year : 213822
Total views : 213823
Who's Online : 39
Your IP Address : 18.207.157.152
Server Time : 2022-08-14
0Shares