Dua bergelar Datuk dalang dadah Felda dicekup

Dua bergelar Datuk dalang dadah Felda dicekup

Kuala Lumpur: Tokan besar yang selama ini dipercayai menjadi pembekal utama dadah di kawasan penempatan Felda berjaya diberkas oleh Polis.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Melalui risikan berterusan, akhirnya kedua-dua suspek utama berkenaan berjaya diberkas dalam satu operasi khas Polis di Kuantan, Pahang.

 

Menurutnya, suspek yang hidup mewah itu ditangkap bersama seorang lagi wanita tempatan yang dipercayai aktif menyeludup masuk dadah dari negara jiran sejak lebih setahun lalu.

 

“Siasatan awal polis mengesyaki suspek ada hubungan rapat dengan agensi penguatkuasaan dipintu sempadan negara.

See also  Video saat penjenayah Bob Mah Sing dan Rakannya lari keluar dari Proton Waja

Modas operandi suspek mengisytiharkan kepada pihak Kastam bungkusan pakaian, makanan atau keperluan rumah. Dadah diselitkan dalam bungkusan berkenaan.

 

Dadah kemudian akan diagihkan kepada pengedar dadah tempatan seterusnya kepada penagih di kawasan tanah rancangan Felda.

 

Dari tangkapan ini, Polis telah berjaya merampas sekitar 4kg heroin dan sedang memburu saki baki individu termasuk beberapa pegawai agensi penguatkuasaan yang dikenalpasti terbabit aktif dalam rangkaian pengagihan dadah di kawasan Felda.

 

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman terus aktif menjalankan risikan secara agresif dengan memfokus sasaran utama di Tanah Rancangan Felda Negeri Pàhang.

See also  Pulih ketagihan gula bukan mustahil tetapi perlu disiplin kuat

Rekod terbaru JSJN memberkas 140 penagih dan pengedar bawahan

 

Terbaharu dari 11/10/2021 hingga 16/10/2021 Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang berjaya memberkas 140 penagih dan pengedar dadah hasil operasi “Op Sarang Khas” tertumpu di Felda Tun Razak, Felda Selancar, Felda Chanis dan beberapa kawasan Felda di Muadzam Shah serta Kuala Rompin.

 

Hasilnya sejumlah lebih 1.4 kilogram dadah jenis heroin dan 66.05 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM105,200 telah berjaya dirampas.

See also  Mahkamah Rayuan Singapura tolak rayuan rakyat Malaysia atas kesalahan menyeludup dadah ke Singapura

 

Turut dirampas sebuah pacuan empat roda dan wang tunai RM6,500 milik pengedar dadah yang diberkas polis.

 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Dua bergelar Datuk dalang dadah Felda dicekup " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

148485
Users Today : 92
Users Yesterday : 4842
Users Last 7 days : 23791
Users Last 30 days : 79883
Users This Month : 42210
Users This Year : 148484
Total Users : 148485
Views Today : 117
Views Yesterday : 7229
Views Last 7 days : 36403
Views Last 30 days : 122619
Views This Month : 64533
Views This Year : 226923
Total views : 226924
Who's Online : 30
Your IP Address : 35.168.110.128
Server Time : 2022-08-16
0Shares