JSJN gempur dadah di Kawasan Felda Pahang

Penyalahgunaan dadah dikenalpasti sudah ketahap sangat serius berlaku di penempatan Felda seluruh negara.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Gambar Hiasan

Situasi ini memerlukan tindakan agresif bersepadu penguatkuasaan demi menyelamatkan komuniti berkenaan dari dimusnahkan oleh dadah.

 

Satu Operasi menyasarkan ladang kelapa sawit Felda Mempaga di Bentong, Pahang telah dilaksanakan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

 

Operasi yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar itu berjaya memberkas 24 individu termasuk seorang tokan dadah selain merampas 8.95 gram dadah heroin dan 0.38 gram dadah syabu bernilai RM500.

See also  Mangsa banjir Terengganu meningkat 4,262 orang

 

Semua suspek berumur antara 27 hingga 62 tahun ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39 A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952.

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain mengesahkan bahawa operasi besar-besaran bertujuan membenteras aktiviti pengedaran dadah di kawasan Felda.

 

Matlamat operasi khas itu untuk melumpuhkan jaringan pengedaran dan juga penyalahgunaan dadah di kawasan Felda di seluruh negara yang sudah ketahap kronik.

See also  Video Detik cemas POLIS cuba menahan pengedar dadah

 

“Ketagihan dadah ini antara penyumbang berlakunya pelbagai kes jenayah termasuklah pecah rumah, samun dan ragut di kawasan Felda. Polis kini menggiatkan usaha bagi memutuskan rangkaian dan sumber bekalan dadah ke Felda.

Ini soal masa depan generasi Felda yang kita bimbang akan hancur akibat dadah

 

Pihak Polis amat mengalu-alukan kerjasama orang ramai dimi memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyalurkan maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah atau pengedaran dadah di kawasan masing-masing.

See also  Video✓✓LELAKI TULAR HAYUN SABIT POSITIF DADAH
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " JSJN gempur dadah di Kawasan Felda Pahang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

156043
Users Today : 833
Users Yesterday : 2819
Users Last 7 days : 24438
Users Last 30 days : 79867
Users This Month : 49768
Users This Year : 156042
Total Users : 156043
Views Today : 1437
Views Yesterday : 4305
Views Last 7 days : 36949
Views Last 30 days : 122991
Views This Month : 76268
Views This Year : 238658
Total views : 238659
Who's Online : 3
Your IP Address : 44.200.30.73
Server Time : 2022-08-18
0Shares