Ragam kucing tentera mencuit hati

Ragam kucing tentera mencuit hati

 

ANGGOTA tentera kebiasaannya cukup sinonim dengan karaktor mereka yang garang serta tegas.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

 

“Kalau abah dia nak pegi kerja kena cium, timang-timang dulu,” begitulah gelagat manja kucing yang diberi nama Army.

 

Kehadiran kucing kucing ini benar-benar istimewa buat pasangan Zafirah dan Fazrul.

 

“Asalnya akak ada empat ekor, Army, Navy, Airforce dan Marine, semua kucing ni akak jumpa, Army akak jumpa masa duduk dekat Kem 15 (Kem Senawang) sama dengan Navy tapi Navy umurnya tak panjang, mati sebab kena virus Feline infectious peritonitis.

 

“Lepas tu akak ambil Airforce, usia tujuh bulan. Akak ambil dekat rumah makcik, last sekali Marine masa umur dia tiga bulan, akak jumpa masa balik dari ambil vaksin, dia tengah duduk bawah tayar kereta.

See also  Netizen teruja sikap lelaki buat kerja potong rumput untuk kumpul duit beli makanan kucing terbiar

 

Zafirah dan Faizul bersama kucing-kucing kesayangan mereka.

 

Menurut Zafirah, hubungan akrab Army dan suaminya membuatkan kucing kesayangan mereka itu sering mencari ‘abahnya’ setiap kali Faizul keluar bertugas.

 

“Kalau abah dia duty dia cari, dia keluar masuk bilik… macam la akak ni sorok abah dia.

 

“Malam-malam nak abah, tidur pun atas dada abah, lepas tu kuat mengadu.

 

“Siang dia akan cari mama sebab nak suruh buang tahi dia, minta makan sebab memang akak la yang bersihkan tempat makan dan berak mereka,” selorohnya.

 

Army (kiri) dan Navy.

 

 

 

“Dia (Army) adalah kurniaan yang istimewa buat akak dan suami walaupun dia hanya stray cat, ramai tak percaya masa akak jumpa dia dulu berkurap, kutu, kurus kering.

See also  Lelaki seret kucing atas jalan raya dikecam

 

“Airforce pun manja dengan akak, Marine kecil lagi jadi ikut dan dia je. Navy dulu pun manja dengan akak, masa dia meninggal berminggu-minggu akak dengan suami menangis,” kongsinya.

Army bermanja bersama abahnya.

 

Menurut Zafirah, suaminya yang sememangnya pencinta kucing mempunyai pelbagai rutin harian bersama anak-anak bulus mereka ini.

 

“Sebelum pergi kerja memang semua akan tunggu depan pintu, abah kena kutip seekor-seekor cium, timang-timang, kalau abah balik memang tunggu depan pintu, sampai abah masuk bilik pun mengekor je la Army tu, minta perhatian,” kongsinya.

 

Zafirah berkata, perkongsian video-video Army di media sosialnya juga secara tidak langsung menarik perhatian orang ramai yang ingin berjumpa serta ada juga yang sanggup menawarkan harga tinggi untuk membeli Army.

See also  Lagi gajah ditemui mati di Jalan Empangan Pedu

 

Namun jelas Zafirah, dia sama sekali tidak akan menjual kucing-kucingnya itu.

 

“Berapa kali orang mesej akak nak jumpa Army sampai sanggup beli karpet-karpet yang akak jual semata-mata nak jumpa Army.

 

“Ada yang tawarkan RM3,000 untuk beli Army tapi memang tak la, bagi berpuluh ribu pun akak tak akan jual,” jelasnya.

 

 

Sumber : mStar

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ragam kucing tentera mencuit hati " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

376441
Users Today : 36
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16541
Users Last 30 days : 61930
Users This Month : 3445
Users This Year : 376440
Total Users : 376441
Views Today : 42
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24931
Views Last 30 days : 95560
Views This Month : 5207
Views This Year : 579901
Total views : 579902
Who's Online : 14
Your IP Address : 44.210.77.106
Server Time : 2022-12-03
0Shares