Minta RM10 untuk sarapan pagi mengakibatkan seorang bapa terima sembilan jahitan..

Minta RM10 untuk sarapan pagi mengakibatkan seorang bapa terima sembilan jahitan..

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

KOTA BHARU – Kerana berang apabila bapa meminta sejumlah RM10 untuk sarapan pagi seorang lelaki 34 tahun bertindak kejam memukul bapanya berusia 62 tahun dengan sebatang kayu hingga mengalami kecerderaan di kepala dan tangan.

 

Dipetik dari Kosmo, warga emas berkenaan telah dirawat di Hospital Machang dengan sembilan jahitan dikepala dan pergelangan tangan kanan patah.

 

Kejadian gempar ini berlaku pada7 pagi Ahad 17 Oktober 2021 di Kampung Dusun Durian, Bekalam Machang.

See also  56 pekerja asing merusuh positif Covid-19

 

 

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, selepas memukul bapanya, suspek menghubungi adiknya yang berusia 32 tahun dan menceritakan tentang kejadian berkenaan.

 

“Adik suspek kemudian bergegas ke rumah bapanya sebaik mengetahui kejadian berkenaan dan mendapati warga emas itu cedera pada bahagian kepala.

 

Pada mulanya mangsa enggan melaporkan kejadian itu kepada polis kerana khuatir anaknya itu yang mempunyai rekod jenayah lampau dadah akan berhadapan hukuman lebih berat.

See also  Demi viral sanggup ambil gambar OKU kesukaran mendaki tangga

 

Walaubagaimanapun adik suspek telah bertindak membuat laporan di Balai Polis Jelawat Khamis lalu iaitu empat hari selepas kejadian.

 

“Selepas menerima laporan, polis menahan suspek di rumahnya kira-kira pukul 5 petang pada hari yang sama.

 

“Polis turut merampas sebatang kayu yang sudah patah dipercayai digunakan lelaki itu semasa memukul bapanya.

 

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Jumaat depan untuk membantu siasatan,” ujarnya.

See also  Kanak-kanak MANGSA DERA DISELAMATKAN Bomba

 

Tambah Mohamad Ismail, kes disiasat mengikut Seksyen 326/326A Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Minta RM10 untuk sarapan pagi mengakibatkan seorang bapa terima sembilan jahitan.. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

372029
Users Today : 644
Users Yesterday : 3148
Users Last 7 days : 15341
Users Last 30 days : 64464
Users This Month : 61047
Users This Year : 372028
Total Users : 372029
Views Today : 957
Views Yesterday : 4591
Views Last 7 days : 22983
Views Last 30 days : 99309
Views This Month : 94095
Views This Year : 573161
Total views : 573162
Who's Online : 16
Your IP Address : 44.201.99.222
Server Time : 2022-11-30
0Shares