Remaja 17 tahun ditahan bantu siasatan penemuan mayat bayi di tong sampah

Remaja 17 tahun ditahan bantu siasatan penemuan mayat bayi

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Butterworth: Seorang pelajar Tingkatan Lima ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan di dalam tong sampah di Flat B4, Taman Bagan, di sini, hari ini.

 

BERNAMA melaporkan  Remaja perempuan berusia 17 tahun dan tinggal di perumahan sama itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 6 petang tadi selepas jirannya mendapati remaja itu mengalami tumpah darah dan dalam kesakitan semasa berada di rumahnya.

Menurut sumber polis, remaja itu mengaku melahirkan bayi perempuan cukup sifat di dalam tandas rumahnya petang semalam, hasil hubungan seks bersama teman lelakinya yang juga berusia 17 tahun.

See also  Video✓✓Polis cari dua lelaki bergaduh depan kedai

 

“Remaja itu memaklumkan, ketika itu hanya adiknya yang berusia enam tahun berada di rumah. Ayahnya keluar bekerja manakala ibunya tinggal berasingan kerana bercerai.

 

“Remaja itu mendakwa anaknya meninggal dunia ketika dilahirkan kerana tidak menangis atau mengeluarkan sebarang bunyi. Dia yang panik terus membalut bayi itu menggunakan kain lalu membuangnya ke dalam tong sampah berhampiran flat itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

 

Menurut sumber itu, bapa remaja terbabit tidak mengesyaki apa-apa kerana anaknya tidak menunjukkan sebarang perubahan malah sering berada di rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan.

 

Katanya, jiran remaja itu yang mendapati dia dalam keadaan kesakitan dan tumpah darah terus menghubungi ambulans serta polis bagi memaklumkan kejadian itu.

See also  ‘Lu scam salah orang’, 10 mangsa jerat scammer dapat semula wang   

 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi berkata siasatan lanjut mengenai kejadian itu sedang dilakukan.

 

“Remaja itu sedang menerima rawatan di HSJ dan dia akan ditahan selepas rawatan selesai. Mayat anaknya turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat,” katanya.

 

Beliau berkata, susulan itu, pihaknya sedang mengesan teman lelaki remaja terbabit yang juga rakan sekolahnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

 

Terdahulu, mayat bayi itu ditemukan pada 9.35 pagi tadi oleh seorang penduduk dan dua lelaki warga Myanmar yang menjalankan kerja pembersihan serta mengutip sampah di kawasan flat terbabit.

See also  Usahawan kosmetik ditahan terbabit penyeludupan dadah RM5 juta

 

Disiarkan pada: October 23, 2021 @ 8:48pm

Oleh BERNAMA

Gambar: Media sosial

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Remaja 17 tahun ditahan bantu siasatan penemuan mayat bayi di tong sampah " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

363491
Users Today : 110
Users Yesterday : 1520
Users Last 7 days : 10386
Users Last 30 days : 65841
Users This Month : 52509
Users This Year : 363490
Total Users : 363491
Views Today : 136
Views Yesterday : 2349
Views Last 7 days : 16062
Views Last 30 days : 101602
Views This Month : 81401
Views This Year : 560467
Total views : 560468
Who's Online : 9
Your IP Address : 44.192.38.248
Server Time : 2022-11-27
0Shares