Polis sudah menahan dua lelaki memandu saling himpit di Jalan Kuching menghala ke pusat bandaraya pada Jumaat 22/10/2021
pemandu kereta Perodua Myvi disahkan positif dadah methamphetamine/amphetamine
KUALA LUMPUR -24/10/2021
Berdasarkan Satu Video tular kejadian pada jam 3.30 petang melibatkan dua buah kereta jenis Hyundai Elantra dan Perodua Myvi, Pihak Polis telah pun menahan dua pemandu terbabit.
Kedua-dua pemandu kenderaan terbabit berusia 33 dan 47 tahun itu telah ditahan pada jam 10 malam Sabtu, selepas memberi keterangan di Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur.
Maklumat saringan air kencing juga telah dilakukan dan mendapati pemandu kereta Perodua Myvi disahkan positif dadah methamphetamine/amphetamine.
Suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan akan dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Polis sudah menahan dua lelaki memandu saling himpit " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.