Lapangan AntaraBangsa Pahang Pacu Ekonomi Pantai Timur

Rancangan Untuk Membina Lapangan Terbang Antarabangsa Di Pahang

Dari Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

1. Dalam merencana pembangunan Negeri Pahang Darul Makmur, kerajaan negeri perlu mengambil kira pelbagai aspek bagi menarik minat pelabur, terutamanya dalam penyediaan fasiliti bertaraf antarabangsa.

 

2. Cadangan Kerajaan Negeri Pahang bagi membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Gebeng menerusi Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) telahpun dipersetujui secara dasarnya oleh Majlis Perancangan Fizikal Negara.

See also  PM-Bantuan Khas Covid-19 Fasa 1 dikreditkan 6 September 2021

 

3. Dengan jumlah pelaburan yang semakin meningkat di negeri ini, kita memerlukan lapangan terbang yang berkapasiti tinggi, bersesuaian dengan perkembangan ekonomi semasa.

 

4. Antara faktor lain yang menjadikan cadangan ini amat perlu dilaksanakan adalah, pada ketika ini tiada lapangan terbang antarabangsa di kawasan Pantai Timur dan lapangan terbang sedia ada (Lapangan Terbang Sultan Haji Sultan Ahmad Shah) yang dimiliki oleh TUDM tidak boleh dinaiktaraf atas sebab-sebab keselamatan.

See also  Lapangan Terbang Antarabangsa Alor Setar adalah yang pertama di Tanah Melayu

 

5. Pembinaan lapangan antarabangsa di Gebeng ini juga selaras dengan perancangan untuk menjadikan Gebeng sebagai sebuah “Bandar Aeroangkasa” menjelang tahun 2050.

 

6. Kita menjangkakan dengan terbinanya lapangan terbang antarabangsa ini akan memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk setempat, terutamanya dalam menyediakan peluang pekerjaan baharu dan ruang perniagaan kepada anak-anak Negeri Pahang.

See also  Balik Jepun, saya nak cari awek Melayu” -

 

#MajuTerusPahang #Pahang1st

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Lapangan AntaraBangsa Pahang Pacu Ekonomi Pantai Timur " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

378292
Users Today : 1887
Users Yesterday : 1939
Users Last 7 days : 16431
Users Last 30 days : 61682
Users This Month : 5296
Users This Year : 378291
Total Users : 378292
Views Today : 2589
Views Yesterday : 2888
Views Last 7 days : 24466
Views Last 30 days : 94718
Views This Month : 7754
Views This Year : 582448
Total views : 582449
Who's Online : 8
Your IP Address : 35.172.224.102
Server Time : 2022-12-03
0Shares