Beruk terseksa jadi bahan jenaka dan hiburan adalah satu kezaliman
Sumber Facebook Persatuan Haiwan Malaysia
Tangkap Layar nasib malang seekor beruk ditambat tanpa dipedulikan oleh tuannya. Beruk ini digigit semut terlompat lompat ingin memberi isyarat mohon pertolongan
Sudah tiba masanya pihak berkuasa mengenakan syarat lebih ketat terhadap mana-mana entiti yang memelihara Beruk supaya kebajikannya dapat dijaga. Antaranya tempat penyimpanan, jenis kandang, jenis pemakanan, saiz ukuran kandang dan ukuran rantai pengikat Beruk perlu dititik beratkan sebelum memberi lesen menyimpan beruk.
Dalam video ini jelas sekali menggambarkan keadaan beruk yang hidup amat tertekan. Malah kesengsaraannya menjadi hiburan dan lawak jenaka.
Video ini juga boleh disimpulkan bahawa hukuman pembuli dan penzalim haiwan liar masih belom boleh mengajar masyarakat mengenai pengabaian haiwan liar peliharaan.
Justeru penambahbaikan dalam sistem perundangan perlu dititik beratkan. Pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar dan Enakmen Hidupan Liar perlu meletakkan HUKUMAN SEBAT kepada pembuli dan penzalim haiwan liar peliharaan.
Seperkara lagi undang-undang melarang pelihara spesis haiwan liar yang tidak sesuai dijadikan companion animal (haiwan peneman) perlu diberi perhatian. Negara ini perlu segera berubah!
Bersama banteras jenayah haiwan. Kongsikan kes jenayah haiwan anda ke : www.animalmalaysia.com/report-animal-crime
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Beruk terseksa jadi bahan jenaka dan hiburan adalah satu kezaliman " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.