Ops pluto timur: bot nelayan vietnam rompak gamat ditahan



KUDAT, 23 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kudat menahan sebuah bot nelayan Vietnam yang menceroboh dan menjarah hasil laut negara dalam satu operasi di perairan negeri ini, semalam.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, menerusi OP PLUTO TIMUR, bot peronda Zon Maritim Kudat telah mengesan sebuah bot nelayan asing dalam keadaan mencurigakan di perairan Kudat sekitar jam 8.00 pagi semalam.
Berdasarkan struktur fizikal, anggota bot mengesyaki bot terbabit adalah bot nelayan asing Vietnam dan terus melakukan pemintasan bagi pemeriksaan.
Bot terbabit ditahan pada jarak sekitar tujuh batu nautika timur laut dari Pulau Tigabu Pitas.
Bot tanpa sebarang nombor pendaftaran itu dikendalikan tujuh kru termasuk tekong warga Vietnam lingkungan umur 35 hingga 50 tahun ditahan bersama 3000 liter bekalan diesel, hasil gamat serta peralatan menangguk gamat, seterusnya diiring ke Jeti Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.
Anggaran nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM500,000.00.
Bot terbabit menggunakan sebuah peralatan yang direka khas untuk menjarah gamat diperbuat daripada besi yang sangat berat dan ianya mampu memecahkan batu-batu karang di dasar laut ketika ditunda. Ianya merupakan peralatan yang tidak dibenarkan serta tidak digunakan oleh nelayan-nelayan tempatan.
Kes disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 kerana menjalankan aktiviti perikanan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Perikanan serta Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah.
Kesalahan boleh didenda sebanyak RM6 juta keatas Tekong manakala kru atau awak-awak sebanyak RM600 ribu setiap seorang serta bot yang disita boleh dilucut hak.
#WeTakeItSeriously
#MaritimMalaysia
#MaritimeNation
#MalaysiaCoastGuard
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#FightTogether
#KitaJagaKita
Kementerian Dalam Negeri (KDN)
#KDN_TogetherWeAreOne
Vietnam News Agency
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Ops pluto timur: bot nelayan vietnam rompak gamat ditahan " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.