Penunggang motosikal tular memberhentikan kenderaan ditengah kesibukan jalan Tuanku Abdul Rahman rupanya masalah mental.

KUALA LUMPUR – Seorang penunggang motosikal usia 40an yang tular melalui satu rakaman video di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini didapati mengalami masalah kesihatan mental.
Aksi lelaki berkenaan seolah-olah ingin melakukan aksi pertunjukkan ala pantomen.
Perkara ini disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh melalui maklumat risikan dilokasi kejadian.
Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan lelaki itu beredar setelah diarahkan oleh pihak Polis.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video✓✓Gempar Persembahan ala pantomem ditengah jalan TAR " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.