Tular Monyet cedera parah dapat bantuan rawatan
Satu hantaran di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia seekor monyet cedera parah tangan dan kaki dikongsi oleh Saudara Marzulki Amirudin dari Jenderam Hilir Dengkil Selangor.


Kecederaan parah pada kedua tangan dan kaki berkemungkinan terkena jerat atau dilanggar kenderaan.
Saudara Marzulki Amirudin berkata monyet berkenaan ditemui dalam keadaan melambai lambai seolah-olah merayu pertolongan.
Hasil perkongsian difacebook berjaya menemukan saudara Francis Yirdaki CT yang memiliki pengalaman menangkap haiwan liar, sanggup mengharungi jarak perjalanan 60km dari Klang menuju ke destinasi di Dengkil demi satu misi kecemasan menyelamatkan monyet berkenaan.
Kebetulan monyet berkenaan telah memasuki kawasan rumah Saudara Marzulki Amirudin setelah diumpan dengan makanan.
Setelah Hampir 2 jam menunggu akhirnya Saudara Francis tiba dilokasi dan terus menangkap monyet berkenaan. Proses menangkap tidak begitu sukar kerana monyet berkenan telah terkepung didalam pagar rumah Saudara Marzulki Amirudin.
Kemaskini terkini monyet berkenaan telah selesai menjalani rawatan di Claws Veterinary Clinic Bandar Botanik Klang. Kos rawatan percuma diberikan oleh Dr Nesa sangat dihargai.
Mengikut laporan diFacebook Saudara Francis, rawatan lanjut pemulihan dijalankan oleh Cyberjaya Vet sebelum diserahkan kepada penjaga Miss Coco Chan.
Status terkini boleh diperolehi dari Facebook Coco Chan
Netizen berterima kasih kepada Persatuan Haiwan Malaysia dan semua yang terlibat menyelamatkan monyet yang malang ini.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Tular Monyet cedera parah dapat bantuan rawatan " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.