Panduan penting apabila kemalangan kenderaan untuk Elak ditipu

Malangnya pampasan ‘loss of usage’ Rm30-RM50 sehari jarang dituntut kerana pihak insurans merahsiakan dari pelanggan untuk mengaut keuntungan tambahan.

Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?

Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan pelbagai cerita.

Jadi apa tindakan anda?

Pertama jangan tandatangan dokumen tu.

Kedua cakap kat dia saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200 sahaja.

Tarik kereta anda ke balai polis trafik berhampiran untuk buat laporan polis .

Setelah selesai urusan laporan polis, minta longkai hantar kenderaan anda ke bengkel panel insurans untuk baik pulih.

Hubungi pihak insurans untuk lokasi bengkel panel yang sah.

Seterusnya bahagian yang menarik membuat tuntutan 10% peratus dari bengkel berkenaan.

Caranya apabila perunding insuran datang bengkel dan kerosakan didapati berjumlah RM10,000. Maka anda boleh tuntut RM1,000K dari bengkel sebab anda dah bagi kereta kepada panel bengkel untuk dibaiki.

Ini adalah punca longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapatkan duit komisen dari bengkel kereta.

Dan juga hati-hati ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat tuntutan dari insurans tapi tak tukar barang pun, hanya baiki sahaja.

Dan hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel tertentu. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia hanya pancing mangsa sahaja.

Longkai hanya dibayar RM180 untuk kos towing.

Jangan lupa minta detail barangan yang ditukar dari pihak insuran. Semak satu persatu dengan bengkel.

Jika ada penipuan dipihak bengkel anda boleh buat laporan polis.

Tuntutan Kehilangan faedah penggunaan kenderaan dalam tempoh baikpulih.

Selain tuntutan baik pulih, pemilik kenderaan boleh menuntut pampasan kehilangan faedah penggunaan dan biasanya insurans akan membayar antara RM30-RM50 sehari.

Katalah tempoh baikpulih dalam bengkel 30 hari, insuran akan bayar RM900 hingga RM1,500 bergantung kepada penilaian perunding insurans berkenaan.

Malangnya pampasan ‘loss of usage’ ini jarang dituntut kerana pihak insurans merahsiakan dari pelanggan untuk mengaut keuntungan tambahan.

Kredit: Vortec info

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Panduan penting apabila kemalangan kenderaan untuk Elak ditipu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares