7 Manfaat besar KULIT Bawang Merah untuk Kesihatan

Bawang merah merupakan bahan dapur yang popular dan hadir dalam kebanyakan masakan harian.

Kalau tak ada bawang seperti ada yang kurang dari cita rasa masakan. Bahkan bawang saat ini bukan hanya dijadikan sebagai bahan dapur tetapi juga menjadi ramuan penarik selera seperti bawang goreng yang banyak dijual di pasaran.

Memanfaatkan bawang sebagai penambah cita rasa pada masakan merupakan hal lumrah, tapi bagaimana jika ternyata kulit bawang juga bermanfaat untuk menjaga kesehatan tubuh?

Kajian saintifik telah membuktikan kulit bawang memiliki kandungan nutrisi yang cukup tinggi.

Menurut Health Benefit, kulit bawang merah mengandungi sumber vitamin A, vitamin C, vitamin A dan antioksidan lainnya. Kulit bawang merah juga mengandung flavanoid, terutama quercetin. Kandungan ini memiliki sifat anti inflamasi dan antioksidan.

Berikut ini disenaraikan 7 manfaat kulit bawang merah

1. Mengatasi Kejang Otot

Manfaat kulit bawang merah yang pertama adalah bermanfaat untuk mengatasi kejang otot. Caranya, masukkan satu sendok makan kulit bawang ke dalam secangkir air panas dan biarkan meresap. Minumlah airnya sebelum makan malam untuk mengubati kejang otot.

2. Merawat Kesihatan Rambut

Caranya sangat mudah cukup dengan membuat syampoo rambut dengan mencampur kulit bawang dan secawan air hangat. Usapkan pada rambut dan biarkan 5-10 minit sebelum dibilas dengan air dingin.

Selain menyihatkan rambut, ternyata kulit bawang merah juga boleh dijadikan masker yang dicampur dengan madu. Masker tersebut kemudian akan dioleskan pada akar rambut dan urut dengan lembut ke arah kulit kepala. Biarkan selama 60 minit, setelah itu cuci bersih dan nikmati hasilnya.

3. Meringankan radang Kulit

Merawat Radang kulit seperti jerawat, ruam

Carannya kulit bawang merah dihancurkan ditumbuk dan sapukan pada kawasan kulit berkenaan dan biarkan selama 5 minit. Kemudian cuci bersih dengan air dingin.

4. Memperkasakan Sistem Kardiovaskular

Kulit bawang merah merupakan agen kuat memperkasakan sistem jantung dan melindungi risiko terkena penyakit otak. Hal ini tak lain kerana kulit bawang merah mengandung quercetin yang merupakan antioksidan yang dapat membantu melawan alahan kepada organ. Kulit bawang juga dapat membantu menurunkan kolesterol, tekanan darah, memperkuat otot, melawan peradangan, dan membunuh sel kanser.

5. Menurunkan Gula Darah

Manfaat kulit bawang merah selanjutnya mampu menurunkan gula darah, mencegah penyumbatan salur darah dan mengurangi peradangan.

Masukkan kulit bawang merah yang telah dicuci bersih ke dalam makanan yang siap dimasak.

6. Menurunkan Tekanan Darah

Antioksidan pada kulit bawang merah adalah quercetin. Bahan ini berfungsi menurunkan tekanan darah tinggi dan mencegah penyumbatan pada arteri.

7. Menyehatkan Kulit

Campurkan satu senduk garam serbuk, kulit bawang secukupnya, dan satu senduk makan yogurt.

Gaul hingga menjadi pasta kental. Setelah itu sapukan campuran pasta tersebut pada kulit wajah dan biarkan selama 10 minit. Cuci muka dengan air suam.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 7 Manfaat besar KULIT Bawang Merah untuk Kesihatan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares