JKM Perlis mohon ibu atau waris kanak-kanak ini tampil segera

JKM Negeri Perlis cari ibu, waris kanak-kanak ditinggalkan di hadapan BJ Court Pulau Pinang.

 

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Ibu kandung atau waris kepada seorang kanak-kanak lelaki yang ditinggalkan kepada seorang wanita di depan BJ Court Pulau Pinang pada tahun 2017 sedang dikesan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Perlis.

 

JKM telah dimaklumkan tentang seorang wanita yang meninggalkan bayi berusia dalam lingkungan 2 hingga 3 bulan kepada Hafiza binti Ezab pada 5 Julai 2017, di hadapan pusat beli belah tersebut.

See also  Budak lelaki terperangkap dalam kereta

 

Wanita berkenaan meminta Hafiza menjaga kanak-kanak sebentar sementara menunggu ibu kandung kanak-kanak datang mengambil kanak-kanak. Namun setelah beberapa ketika, tiada sesiapa yang datang menuntut kanak-kanak. Kanak-kanak kini dijaga oleh ibu kepada Hafiza yang tinggal di Perlis sebagai anak angkat.

 

Sehingga kini, ibu kandung kanak-kanak terus menghilangkan diri dan gagal dikesan. Kanak-kanak juga tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

See also  Tentera boleh buat tangkapan Kuala Lumpur: Perdana Menteri

 

Pencarian ibu kandung atau waris kanak-kanak dibuat oleh JKM bagi membantu urusan penempatan dan penjagaan terbaik bagi kanak-kanak yang akan ditentukan di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Kangar, Perlis.

 

Oleh yang demikian, Ibu kandung atau waris kanak-kanak diminta tampil menghubungi Puan Isma Liza binti Mohd Isa, Pelindung Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis di talian 04-9731926 atau 04-9731967 bagi membincangkan hal penjagaan kanak-kanak tersebut.

See also  Bayaran BPN 2.0 dipercepat, bermula 21 Januari 2021

 

Kredit: Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis✍️

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " JKM Perlis mohon ibu atau waris kanak-kanak ini tampil segera " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146596
Users Today : 3045
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21902
Users Last 30 days : 77994
Users This Month : 40321
Users This Year : 146595
Total Users : 146596
Views Today : 4277
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33334
Views Last 30 days : 119550
Views This Month : 61464
Views This Year : 223854
Total views : 223855
Who's Online : 24
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares