Ramai pemandu Van atau bas sekolah bersikap sambil lewa apabila menurunkan penumpang kanak-kanak.
Mengendali kenderaan berenjin mesti penuh berhati-hati. Ini bukan kereta sorong angkat batu bata.

Sekadar memberhentikan kenderaan, dan menunggu kanak-kanak keluar sendiri adalah tindakan amat merbahaya .
Contohnya telah berlaku di Sepang pada hari 12/11/2021, seorang kanak-kanak turun dari van dan dibiarkan melintas sendiri untuk ke rumah transit.
Sekadar memberi alasan benda nak jadi bukan mudah untuk dihadamkan terutama kalangan keluarga mangsa.
Pemandu mungkin tergesa-gesa untuk menghantar ke destinasi seterusnya telah melanggar kanak kanak yang sedang melintas dihadapan van berkenaan.
Mengendali kenderaan berenjin mesti penuh berhati-hati. Ini bukan kereta sorong angkat batu bata.
Sebenarnya tidak perlu kepada SOP pun, memadai keperihatinan pemandu atau Pembantu sekurang-kurangnya memimpin kanak-kanak yang turun dari Van ke destinasi dapat mengelak risiko seperti berlaku.
Khabarnya kanak-kanak berkenaan telah meninggal dunia. Innalillahi wainna Ilaihira ji’un. Takziah kepada ahli keluarga kanak-kanak berkenaan.
Laporan lanjut pihak polis akan dikemaskini.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video©Langgar kanak-kanak turun dari van, SOP Pemandu mesti ditambah baik " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.