Tempoh yang begitu lama seekor anjing bernama Leo tersesat di Thailand begitu setia setiap hari menunggu kehadiran tuannya ditepi jalan sibuk dengan deruman kenderaan lalu-lalang.

Seorang pejalan kaki wanita secara tidak sengaja menemui Leo ditepi jalan dengan keadaan kelaparan dan bulu keguguran.
Leo dibawa pulang oleh wanita berkenaan namun melarikan diri kembali ke tepi jalan tempat dia ditemui.
Sejak dari hari itu , wanita berkenaan mengambil keputusan menghantar makanan dan minuman untuk Leo di lokasi asal berkenaan.

Setiap hari selama 4 tahun wanita berkenaan menyediakan makanan dan minuman Leo.
Leo tetap menunggu tuannya disitu.
Setelah tular di media sosial kisah anjing istimewa ini, tampil seorang wanita mengenal pasti Leo seakan akan anjing peliharaannya bernama boboon yang hilang 4 tahun lalu.

Disaat pertemuan alangkah terkejutnya melihat Leo memang anjing peliharaannya.
Tuannya cuba untuk membawa leo pulang, tetapi Leo menyukai tempat berkenaan.
Akhirnya Wanita Pejalan Kaki dan Tuan Leo bersetuju membiarkan Leo berada disitu. Mereka akan terus melawat dan menjaga Leo di lokasi berkenaan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Penantian 4 tahun Leo akhirnya dipertemukan dengan tuannya " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.