Kuala Lumpur-15/11/2021
Selang beberapa hari viral kanak-kanak perempuan bermain di luar pagar balkoni rumah, hari ini digemparkan dengan kejadian kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun menemui ajal apabila terjatuh dari tingkat 29 sebuah rumah kondominium di Ibukota.

Mengikut siasatan awal kanak-kanak berkenaan ditinggalkan bersendirian dengan pintu berkunci.
Didapati tingkap terbuka dan sebuah kerusi dipercayai digunakan oleh mangsa untuk keluar.
Bapanya keluar untuk membeli barangan dan apabila pulang didapati anaknya tiada dirumah.
Pencarian bersama pihak Pengurusan Kondominium akhirnya menemui mangsa dibalkoni tingkat 8 dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Hospital Selayang mengesahkan kanak-kanak berkenaan telah meninggal dunia.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kanak-kanak perempuan 4 tahun maut jatuh dari tingkat 29 " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.