Kehidupan zaman serba canggih ini kadangkala sukar untuk memahami tabiat manusia gemar kencing merata-rata.

Haiwan tak berakal pun boleh ikut peraturan jika dilatih. Tapi manusia dilatih dari kecil segala peraturan asas kehidupan masih gagal membudayakan amalan asas pengurusan diri.
Satu rakaman kamera menunjukkan tabiat seorang pemandu kencing tayar sebuah kereta di Bukit Serdang Selangor.
Kebiasaannya anjing dan kucing jantan yang gemar kencing pada tayar kenderaan. Tetapi kali ini manusia melakukan perkara yang sama.
Bagi binatang boleh diterima kerana tidak mempunyai akal berbanding dengan manusia.
Menjadi persoalan bermain diminda masalah kecelaruan begitu kronik sedang melanda masyarakat apabila manusia sudah berkelakuan seperti binatang.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video@Mungkin tersampuk perangai kucing atau anjing " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.