Memiliki kolam renang di rumah memang satu idaman setiap ibubapa demi kepuasan anak anak bersuka-ria.

Selain terapi yang baik, anak anak khususnya secara semulajadi memang gemar berenang dan bermain air.
Walau bagaimanapun kolam renang perlu kepada pemantauan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Seperti mana berlaku kepada keluarga En Abdul Rahim semoga menjadi pengajaran kepada ibubapa supaya sentiasa mengutamakan langkah-langkah keselamatan anak-anak.
Diringkaskan cerita anak En Rahim telah lemas dalam kolam dirumahnya tanpa pemantauan orang dewasa.
Syukur Allah masih memberi kesempatan kepada anaknya yang lemas dapat dipulihkan hasil teknik bantuan pernafasan oleh ibu anak berkenaan. Ibunya yang memiliki kemahiran berkenaan semasa bertugas sebagai jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya PPUM.
Rawatan lanjut di hospital berjaya menstabilkan keadaan anak berkenaan yang mengalami sawan akibat oksigen rendah dalam otak.
Untuk para ibubapa, mungkin kolam berkenaan untuk melatih anak anak berenang, namun langkah langkah keselamatan tidak boleh diambil sambil lewa sama sekali.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " VIDEO@Ibu beri bantuan pernafasan selamatkan anak lemas kolam di rumah " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.