Kejadian gangguan seksual seumpama ini banyak juga berlaku dinegara kita. Wanita dijadikan sasaran mudah oleh Lelaki samseng kerana sifat wanita yang dilihat lemah berbanding lelaki.
Namun adakalanya sasaran disangka lemah boleh memberi kejutan luar jangka kepada penyerang.

Kejadian diluar negara kali ini membawa satu rakaman kamera litar tertutup aksi 3 samseng cuba menyamun seorang wanita di sebuah hentian bas.
Pada awalnya 3 samseng mendapati kehadiran 2 wanita di satu hentian bas merupakan sasaran mudah mereka untuk menyamun.
Usaha untuk mengganggu dimulakan terhadap wanita pertama tetapi kurang yakin disebabkan sikap wanita pertama agak agresif.
Mereka mulakan tindakan seterusnya keatas wanita kedua yang duduk di bangku bersebelahan. Wanita kedua agak gugup menyebabkan 3 samseng berkenaan lebih berani cuba melakukan gangguan seksual.
Apabila situasi semakin mendesak, wanita pertama bangkit dan menghampiri 3 samseng berkenaan dan terus menyembur serbuk cili pemedih mata.
Akibatnya ketiga tiga samseng berkenaan rebah bergelimpangan di hentian bas berkenaan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video@Samseng sasar gangguan seksual keatas wanita akhirnya terima padah. " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.