Api marak begitu besar membakar gudang alat ganti otomotif sehingga musnah 90%.
KUALA LUMPUR – Sebuah gudang alat ganti kereta terpakai di Jln Kg Pasir Taman Segambut musnah dijilat api dalam satu kebakaran besar petang 23/11/2021.
Bomba dari 5 stesen iaitu Jinjang , Sentul, Sri Hartamas, Hang Tuah, Titiwangsa, Taman Tun Dr Ismail, Wangsa Maju dan Seputeh dengan jumlah kekuatan 87 Anggota dan Pegawai serta 17 jentera bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan pukul 5:50 petang 23/11/2021.
Maklumat terkini tiada mangsa tercedera dan proses pemadamam masih diteruskan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video Kebakaran besar gudang alat ganti kereta terpakai " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.