Jangan ingat kesalahan lampau boleh terlepas begitu sahaja. Era tularan jika tidak berhati hati makan diri.

Satu video tular anak perempuan seorang mekanik motosikal menunggang motosikal berkuasa 250CC mengundang siasatan PDRM dan saman telah dikeluarkan kerana kesalahan memandu tanpa lesen, tanpa topi keledar dan cermin sisi
Ketika kejadian usia anak perempuan berkenaan ialah 10 tahun.
Tanpa topi keledar dan tidak memiliki lesen anak ini memecut jentera 250CC satu perbuatan membahayakan diri dan orang lain juga.
Motosikal berkenaan sebenarnya dihantar oleh pelanggan untuk dibaiki dibengkel bapanya bertempat di Sijangkang Selangor.
Mungkin kerana teruja untuk merasa pengalaman motosikal berkuasa tinggi, setelah mendapat keizinan bapanya maka peluang keemasan itu tidak disia-siakan.
Aksi yang dirakam oleh bapanya sendiri itu tersebar di media sosial minggu ini mengundang reaksi pelbagai dari netizen. Ada yang mengecam bapanya tak kurang pula yang teruja dengan keberanian anak berkenaan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video@Penangan Viral Kejadian 2018, kena Saman 2021 " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.