Kenyataan media PERHILITAN
[OPERASI TANGKAPAN BUAYA DI KUANTAN, PAHANG]

Jabatan PERHILITAN Daerah Kuantan, Pahang telah berjaya menangkap seekor Buaya Tembaga di Taman Indera Sempurna, Kuantan, Pahang pada 16 November 2021. Buaya tersebut telah masuk ke dalam perangkap buaya yang dipasang pada 11 November 2021 susulan menerima maklumat kehadiran hidupan liar terbabit sejak 6 Oktober 2021 di lokasi tangkapan.

Buaya tersebut telah dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai, Perak untuk pemantauan selanjutnya. Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia turut membuat pemantauan berkala di lokasi tangkapan bagi memastikan tiada kehadiran buaya lain di lokasi terlibat.
Jabatan PERHILITAN ingin mengucapkan terima kasih kepada orang awam atas kerjasama yang diberikan sepanjang operasi ini dijalankan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " PERHILITAN berjaya Tangkap Buaya Tembaga Kuantan " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.