Tanpa berfikir panjang tiga individu menyerang seorang pemuda OKU yang dituduh mencuri sebuah pembesar suara mudahalih milik salah seorang penyerang.

Yang menyedihkan Orang ramai hanya menonton aksi pembunuhan dan sebahagiannya mengambil kesempatan merakamkan kejadian berkenaan tanpa memberi apa apa bantuan.
Kejadian berlaku di pasar pagi Flat Ashby Road, Ipoh. 3 lelaki telah memukul dan mencekik seorang pemuda oku kerana dituduh mencuri pembesar suara mudahalih.
Video kejadian yang tular sewajarnya menyedarkan masyarakat supaya lebih cakna dan merujuk kepada Polis sebarang perselisihan untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.
Ramai juga mempersoalkan masyarakat jenis apa sebegini teruk akhlak.
Ini akibat apabila bertindak mengikut undang-undang rimba, bertindak sesuka hati menyebabkan satu manusia maut gara-gara tak seberapa. Berapa sangat harga pembesar suara mudahalih berkenaan hingga bertindak diluar perikemanusiaan.
Dari berita terkini 3 suspek telah ditahan polis untuk siasatan dibawah kanun keseksaan Seksyen 302 yang memperuntukkan hukuman mati.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video OKU maut dicekik kerana dituduh curi pembesar suara. " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.