Peniaga makanan dan minuman ada ada pelbagai berita sentiasa menggemparkan warganet.

Sebelum ini kecoh dengan harga ikan siakap kayangan dengan harga mencecah ribuan ringgit kemudian datang pula cerita sotong harga mencecah ratusan ringgit.
Kali ini kisah agak lucu apabila minuman bungkus ikat mati pun dikenakan charge 50 sen. Perkara ini tular berikutan seorang warga net berkongsi satu resit jualan sebuah restoran di ibu kota yang menunjukkan pembelian makanan termasuk minuman.
Dari maklumbalas ada yang menjadikan bahan gelak ketawa dan ada juga yang mengatakan ini sangat melampau.
Jika sekarang ikatan bekas air pun dikenakan cas tidak mustahil masa akan datang bekas plastik juga akan dikenakan charge walaupun harga modal air sebenarnya sangat murah.
Sebagai contoh harga untuk Milo ais bungkus dijual sekitar RM2.50sen sedangkan kos hanya 50 sen sahaja. Lihatlah keuntungan berganda yang dikaut oleh peniaga.
Maka tidak wajar sama sekali mengenakan cas untuk tali pengikat seolah-oleh menekan pengguna.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Air bungkus ikat 'mati' pun kena caj 50 sen " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.