Lelaki Maut Dicekik 15 minit Hanya Kerana Gara-Gara sebuah pembesar suara mudahalih
Paling menyedihkan apabila orang ramai berdekatan lebih mementingkan untuk menonton dan merakam aksi bunuh berkenaan. Masyarakat sudah tempang dan celaru
IPOH: Hanya dengan menuduh mencuri pembesar suara mudahalih, seorang lelaki terus dihukum dengan mencekik hingga mati.
Kejadian gempar ini berlaku di sebuah warung pasar pagi Flat Ashby Road Ipoh telah tular sejak 26/11/2021.

Mangsa dikenali Muhammad Noor Faqih Mohamed Ariffin, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dicekik lebih 15 minit.
Ketika mangsa duduk dikerusi warung berkenaan sementara menunggu pesanan minum, datang seorang lelaki bersama bapa saudaranya dan berlaku pertengkaran mulut berkenaan kecurian sebuah pembesar suara mudahalih.
Tidak lama kemudian datang seorang lelaki tiba tiba mencekik mangsa dan seorang lagi memijak mangsa.
Pihak Polis berkata, mangsa dicekik selama 15 minit yang menyebabkan mangsa menemui ajal.
Tiga orang suspek berusia masing-masing berusia 34, 47,60 tahun telah ditahan Polis dan sedang disiasat dibawah Seksyen 302 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Paling menyedihkan apabila orang ramai berdekatan lebih mementingkan untuk menonton dan merakam aksi bunuh berkenaan. Masyarakat sudah tempang dan celaru
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video@Lelaki Maut Dicekik 15 minit Hanya Kerana Gara-Gara sebuah pembesar suara mudahalih " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.