Menjamu selera dengan hidangan agak istimewa dari kebiasaan tidak semestinya perlu kepada perbelanjaan yang besar.
Namun lain ceritanya yang berlaku beberapa hari lalu.

Kisah kali ini tertumpu kepada netizen yang terkena pukulan harga luar biasa kailan ikan masin yang berharga RM18.00 hidangan sebuah Restoran di Kepala Batas.

Melihat kepada kuantiti sesuai untuk seorang makan. Tak patut cekik harga sedemikian rupa.
Pengadu boleh terima harga ikan, sayur campur bdan ulam beserta sedikt sambal memandangkan harga bahan mentah telah meningkat.
Walaubagaimanapun harga kailan ikan masin sebegitu amat tidak masuk akal.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kailan ikan masin kayangan tular lagi " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.