Era media sosial mendedah kecenderungan penyokong fanatik samada politik atau bolasepak cenderung membuat cabaran berbogel jika matlamat tidak tercapai.

Kehangatan pertandingan akhir Piala Malaysia edisi ke 100 tidak terkecuali dari cabaran seumpama itu.
Seorang penyokong tegar JDT menular satu video cabaran untuk dirinya berbogel jika JDT gagal meraih kemenangan dalam perlawanan berkenaan.
Sebaik sahaja tamat perlawanan dengan keputusan memihak kepada KlCity 2 JDT 0, warga net berpusu pusu menaikkan status menuntut lelaki berkenaan menunaikan janji berbogel dalam perjalanan pulang ke Johor sebagaimana dalam video tular.
Tidak lama kemudian tular satu kenyataan mohon maaf dari lelaki berkenaan kerana tidak dapat menunaikan janji berbogel disebabkan mengalami masalah pernafasan.
Ramai yang mentertawakan sahaja karenah pemuda berkenaan yang seolah-olah kecut perut ketakutan berbanding lagak awal sebelum perlawanan.
Pengajarannya begitu jelas, setegar mana sekalipun tak perlu membuat cabaran berbentuk maksiat sedemikian, dan tak perlu berlagak , cukup dengan bersederhana dalam semua perkara.
Jauhi apa jua bentuk ketaksuban fanatik dan melampau kerana ianya mendatangkan mudarat kepada diri sendiri.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Pemuda cabar diri berbogel dari KL ke Johor jika JDT tewas akhirnya memohon maaf " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.