Anjing juga makhluk Allah dibelasah tanpa belas kasihan sehingga bunyi teriakan kesakitan yang teramat sangat.

Penzalim ini benar- benar seorang pengecut kerana menggunakan kekuatan kepada binatang yang lemah tidak bermaya.
Berdasarkan video yang tular adalah diyakini penzalim berkenaan menggunakan batang besi dengan menghentak kepala kepala anjing malang berkenaan.
Bunyi teriakan kesakitan seakan-akan merayu diberi kasihan belas amat memilukan.
Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) merayu perakam video menyalurkan maklumat si pelaku ataupun lokasi sipelaku untuk tindakan penguatkuasaan undang-undang.
Tindakan luar batasan ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa hukuman setimpal.
HOTLINE PERSATUAN HAIWAN TERBIAR SAFM: +60162662007 (WHATSAPP ADUAN ANDA)
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kejam!! Lelaki tunjuk samseng dengan Anjing dipukul hingga Mati. Perakam dipohon salur maklumat segera " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.