Apakah kerana haiwan tidak terbabit sebagai pengundi maka kepentingan haiwan tidak dipedulikan

Pak Mie Shelter yang mengambil tanggungjawab menjaga haiwan jalanan seperti anjing dan kucing sekali lagi berdepan ujian apabila jalan masuk ke lokasi disekat menggunakan blok konkrit pula.

Tidak cukup dengan itu pagar utama juga dirantai dan dikunci seolah-olah tidak membenarkan pihak pengendali serta membawa masuk barang-barang keperluan bagi anjing dan kucing seramai 300 ekor.
Jarak antara pagar dengan kedudukan Shelter lebih kurang 1 km, bayangkan berapa jauh perjalanan memunggah berkilo-kilo makanan tanpa akses untuk kenderaan pastinya melambatkan makanan sampai kepada anjing dan kucing yang kelaparan.
Tapak Shelter juga perlu dibersihkan setiap hari menggunakan mesin mesin mesin pencuci. Ini ialah untuk memastikan keadaan kebersihan terjaga sebaik mungkin.
Adalah difahamkan kedudukan Pak Mie Shelter sekarang menumpang tanah milik Indah Water konsortium Sdn Bhd.
Tanah yang dijanjikan oleh kerajaan negeri di Pokok Sena dan di Kuala Kedah mendapat tentangan penduduk setempat.
Seolah-olah pihak Kerajaan Negeri sendiri lepas tangan mungkin kerana haiwan-haiwan ini tidak terlibat dalam sistem pengundian politik.
Itulah yang sering terjadi apabila kepentingan yang seimbang tidak dijadikan fokus utama dalam pengurusan.
Hanya melihat kepentingan sendiri tanpa memikirkan kepentingan hidupan lain menunjukkan betapa sikap manusia yang hanya pentingkan diri sendiri semata-mata.
Alangkah malangnya lagi haiwan-haiwan yang juga ada hak untuk hidup dinafikan oleh manusia.
Untuk menghulurkan sebarang derma boleh salurkan terus ke
Maybank
Kedah Restu Animal Shelter
552170059568
https://www.facebook.com/pakmieshelter
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Apakah kerana haiwan tidak terbabit sebagai pengundi maka kepentingan haiwan tidak dipedulikan " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.