Video tular menunjukkan suspek agak agresif bertempik dan mengeluarkan kata-kata memaki hamun seperti kurang waras.

Ada ketikanya suspek duduk berdoa seolah mengalami tekanan jiwa yang kronik.
Kejadian 5/12/2021 seorang pegawai polis berpangkat inspektor buat bising maki hamun terhadap anggota polis di Jalan Queen di Lebuh Queen George town.
Sepasukan polis ronda telah tiba ke lokasi sebaik menerima aduan daripada orang awam sekitar 1:30 pagi.
Keadaan suspek yang agresif sehingga berlaku sedikit pergelutan sebelum dapat ditenangkan.
Semakan rekod mendapati suspek sed sedang jalani hukuman gantung tugas di atas kesalahan tata tertib.
Suspek kini ditahan untuk rawatan psikiatri dan disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Inspektor polis maki hamun dan buat kacau ditahan " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.