Rumusan insiden buli atau ragging di institusi pendidikan

Rumusan insiden buli atau ragging di institusi pendidikan

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Berlaku juga di Universiti, Kolej, Sekolah Menengah Agama, Sekolah Menengah Kebangsaan dan institusi asrama penuh seperti  SBP Ulul Albab. Menyedihkan institusi seperti SBP Ulul Albab yang di tubuhkan oleh kerajaan untuk melahirkan para huffaz Al-Quran menjadi sarang samseng pula.

 

Dirumuskan secara ringkasnya sikap warden yang ambil mudah dalam menjaga perilaku anak anak pelajar menjadi pencetus merebaknya masalah ini tanpa kesudahan.

Ada ibubapa yang peka dengan situasi ini telah membuat teguran kepada pentadbiran sekolah, namun didapati tindakan tidak dibuat dengan serius.

See also  Pelajar dakwa guru persendakan rogol dalam kelas

 

Melihat kepada situasi yang agak kronik, ada ibubapa yang risau dengan keselamatan anak mereka telah mengambil tindakan unilateral berhadapan terus dengan kumpulan pelajar pembuli ini.

 

Namun itu tidak menyelesaikan perbuatan samseng membuli ini, malah ada kemungkinan mangsa lain yang bakal jadi sasaran buli.

 

Pihak pentadbiran sekolah pula lebih cenderung untuk merahsiakan permasalahan samseng buli dikalangan pelajar demi mengelak masalah kepada laporan pencapaian prestasi sekolah.

 

Lebih menyedihkan ada laporan anak-anak yang membocorkan maklumat situasi sekolah kepada ibubapa akan berhadapan tekanan penyisihan oleh pihak sekolah.

See also  Kisah bil ‘Siakap Kayangan’ RM1234.40 pula sedang tular

 

Apabila diteliti perangai jahat anak anak ini sebenarnya bermula dari rumah. Mereka didedahkan dengan perangai buruk ibubapa sendiri.

Ada ibubapa memang samseng, tutur kata suka mencarut memaki hamun contohnya ketika memandu bersama anak anak akan menjadi punca ikutan.

 

Anak-anak akan tiru perangai ibubapa mereka seharian. Bagi mereka samseng itu satu kehebatan bukan kejahatan.

 

Cara pertuturan dan bahasa badan antara petunjuk tapisan yang boleh digunakan dalam temuduga kemasukan ke institusi pendidikan .

 

Ujian kesihatan psikologi juga penting dilaksanakan dikalangan calon calon temuduga untuk mengenal pasti dan menapis golongan bermasalah ini.

See also  Pilu bila dizalimi pelanggan kaki kencing

 

Apa guna pencapaian akademik cemerlang tetapi perangai macam gampang.

 

Bayangkan apa bakal dihadapi oleh negara apabila spesis ini membesar sehingga dewasa akan menjadi pemimpin dalam masyarakat m

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rumusan insiden buli atau ragging di institusi pendidikan " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

146610
Users Today : 3059
Users Yesterday : 4727
Users Last 7 days : 21916
Users Last 30 days : 78008
Users This Month : 40335
Users This Year : 146609
Total Users : 146610
Views Today : 4303
Views Yesterday : 6797
Views Last 7 days : 33360
Views Last 30 days : 119576
Views This Month : 61490
Views This Year : 223880
Total views : 223881
Who's Online : 31
Your IP Address : 44.200.171.74
Server Time : 2022-08-15
0Shares