Ada tiga kes Samseng memukul dan membuli babitkan tiga sekolah berasrama di Pahang pula.

Polis melaporkan ada satu kes buli di sebuah sekolah berasrama di Rompin yang melibatkan mangsa pelajar tingkatan dua.
Mangsa ditumbuk hingga menyebabkan bengkak pada beberapa bahagian badan.
Didapati mangsa menyembunyikan kejadian tapi diketahui oleh keluarga semasa balik bercuti. Satu laporan polis telah dibuat pada 6/12/2021.
Mangsa dipukul senior kerana menyalah guna telefon bimbit.
Dalam satu kejadian lain pada 10/12/2021 sebuah sekolah berasrama di Maran dilaporkan telah berlaku kejadian buli pukul ke atas seorang mangsa kerana memotong barisan semasa mengambil makanan.
Pada hari yang sama juga polis menerima satu lagi laporan dari satu kejadian di sebuah sekolah berasrama di Kuala Lipis Pahang mangsa dipukul kerana kesalahan menghisap vape. Yang mengalami lebam lebam dan bengkak di beberapa bahagian badan.
Kesemua kes sedang disiasat oleh pihak polis dan tindakan mengikut prosedur Seksyen 147 kanun keseksaan.
Adalah dipohon pelajar kaki buli samseng ini ditamatkan persekolahan kerana mereka dilihat hanya berminat untuk jadi Samseng abang kawasan sahaja.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " 3 kes Samseng Asrama di Pahang pukul buli " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.