Samseng Asrama membuli pukul di SMK Kemahang mencabar undang-undang

Kali ini insiden buli ragging melibatkan memukul mangsa secara fizikal berlaku di SMK Kemahang Tanah Merah Kelantan.
Pelajar-pelajar Samseng Asrama mula tunjuk belang mencabar penguatkuasaan undang-undang keatas mereka.
Mereka ini tidak layak diberi kemudahan menetap di asrama walaupun kelihatan seperti dari keluarga B40.
Diberi kemudahan tetapi memilih untuk menjadi Samseng di sekolah amat menyedihkan.
Seawal umur ini telah menunjukkan belang samseng memerlukan tindakan disiplin keras.
Puncanya kerana penguatkuasa disiplin yang lemah. Mungkin guru warden tidak mahu bertindak tegas kerana bimbang risiko didakwa dan sebagainya.
Maka inilah akibatnya. Samseng sebenarnya sikap jahat tidak mengenal toleransi dan timbangrasa.
Tindakan keras mesti dikenakan supaya menjadi pengajaran. Pelajar Samseng tidak layak diberi dilayan sebagaimana pelajar lain kerana mereka tidak minat belajar. Kecenderungan hanya untuk menjadi samseng.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Video@Samseng Asrama SMK Kemahang tunjuk belang " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.