Meteorologi Malaysia melaporkan pada 23/12/2021 sehingga 8 malam dijangka keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda negeri pantai timur berikut:
1) Kelantan (Jeli dan Kuala Krai) 2) Terengganu (Dungun dan Kemaman)
3) Pahang (Kuantan)
4)Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)
5) Sarawak: Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Sri Aman dan Betong (Betong)
6) Sabah: Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Tawau) dan Kudat (Kota Marudu)
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

Penduduk dikawasan berkenaan terutama dikawasan rendah atau kawasan yang telah dinaik air banjir diminta memantau keadaan dan hubungi pihak berkuasa jika berlaku sebarang keadaan kecemasan seperti limpahan air sungai, tanah runtuh dan sebagainya.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " AMARAN hujan lebat RIBUT PETIR melanda 6 negeri⛈⛈⛈ " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.