Kejadian berlaku di kawasan banjir Putra Heights.
Amat menyedihkan dikala mangsa banjir terdesak dari kawasan Bukit Lanchong memerlukan barang keperluan asas dinafikan oleh Majlis Bandaran Subang Jaya.

Mengikut laporan tular, ahli majlis MPSJ Putra Heights menghalang agihan atas sebab yang tidak diketahui. Walaupun bagaimanapun belum ada sebarang ulasan berkenaan perkara tersebut dari pihak MBSJ
Walaupun bagaimanapun dalam keadaan genting hendaklah semua pihak berusaha mempermudahkan agihan kepada mangsa tanpa banyak songeh birokrasi.
Mangsa-mangsa banjir dari kalangan kanak-kanak wanita orang kurang upaya warga emas orang sakit pastinya berhadapan dengan pelbagai keperluan seperti susu lampin tuala wanita dan pakaian asas.
Hentikanlah semua birokrasi birokrasi lama ketinggalan zaman kerana ianya amat menyusahkan dan permudahkanlah bantuan supaya mangsa-mangsa dapat ditenangkan dalam keadaan genting ini.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Mangsa banjir Bukit Lanchong persoal barang keperluan asas disimpan untuk siapa " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.