Siapa menyangka tanggal 18/12/2021 menyaksikan kawasan yang paling rendah taburan hujan juga tidak terkecuali ditimpa banjir ekoran hujan lebat berterusan.

Kedudukan Jelebu terlindung dari pengaruh tiupan angin membawa hujan menjadikan daerah ini paling kering di Negeri Sembilan.
Namun tanggal 18/12/2021 mengejutkan warga Jelebu apabila berlaku hujan lebat hampir lima jam telah menyebabkan kenaikan paras air di lembangan sungai Triang.
Jumlah taburan hujan 199mm untuk sebulan turun dalam tempoh 5 jam sahaja telah menyebabkan berlakunya banjir kilat menenggelamkan puluhan buah kampung.
Kemusnahan kemudahan infrastruktur, hartabenda dan tanah runtuh memerlukan tempoh agak panjang untuk dipulihkan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Jelebu kawasan terkering di negeri Sembilan dikejutkan banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.