Sudah menjadi budaya masakini merakam video adalah keutamaan.
Dalam satu kejadian sebuah lori kontena terbabas ditepi jalan merempuh beberapa buah kereta.

Amat mengecewakan pemilik kereta terbabit hanya sibuk merakam sambil menuduh pemandu lori mabuk.
Dari air muka gerak badan dan suara pemandu berkenaan sudah dapat dikesan dia sedang mengalami sakit dan bukannya mabuk.
Info terbaru pakcik berkenaan mengalami serangan jantung Dan telah pun meninggal dunia.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Orang ramai sepatutnya lebih prihatin dalam situasi kecemasan begini dan bertindak cepat menghubungi ambulans. Tindakan segera mampu menyelamatkan insan yang sedang memerlukan bantuan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Pemandu kontena bukan mabuk tetapi mengalami serangan jantung " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.