Stres merupakan tindak balas badan seperti gugup bila berdepan dengan beberapa keadaan yang mengancam ketenangan. Contohnya rasa berdebar, telapak tangan berpeluh dan perut seolah-olah memulas untuk buang air besar.

Hal ini terjadi dalam beberapa keadaan seperti ketakutan, menghadiri temuduga, ujian, memberi ucapan didalam majlis rasmi dan suasana terbeban dengan urusan pekerjaan.
Stres pada asasnya ialah isyarat yang baik kepada badan. Namun jika stres sering berlaku ianya boleh menjejaskan kualiti kehidupan seseorang.
Apabila wujud suasana mengancam organ hipotalamus di dalam otak akan mengeluarkan isyarat memberitahu kilang hormon berdekatan dengan ginjal untuk mengeluarkan hormon adrenalin dan kortisol.
Adrenalin meningkatkan kadar degupan jantung supaya berlaku peningkatan pengaliran darah dalam badan supaya tenaga dapat disalurkan kebahagian anggota tindak balas seperti tangan, kaki mata dan telinga.
Hormon kortisol pula akan meningkatkan kandungan glukosa dalam darah supaya pembakaran untuk menghasilkan tenaga supaya tindakan dilakukan dengan segera.
Hati akan mengeluarkan glukos bagi tujuan penghasilan tenaga.
Masalah yang bakal timbul bila adrenaline dan kortisol dihasilkan terus-menerus akibat masalah stres yang wujud sepanjang masa.
Kehadiran kedua-dua hormon ini akan menyebabkan peningkatan glukosa di dalam darah dan berkemungkinan untuk tempoh yang panjang menyebabkan terbentuknya penyakit diabetis tahap 2.
Kewujudan tahap hormon adrenalin dan kortisol yang tinggi boleh menyebabkan gangguan kepada sistem imuniti badan menyebabkan mudah terkena jangkitan dan kadangkala menyebabkan sistem imuniti menyerang badan seperti dalam kes imuniti auto.
Tanda dan Gejala Stres
1. Terasa kejang dan berat terutama di bahagian leher rahang bahu dan punggung.
2. Semput dan kesukaran untuk bernafas.
3. Mudah meradang
4. Kemurungan
5. Boleh menyebabkan kemandulan ekoran air mani dan sel telur yang berkualiti rendah.
6. Peningkatan tekanan darah, glukosa, dan kadar kolesterol
7. buang air besar tidak teratur dan sembelit.
8. Denyut jantung tidak teratur
9.Mudah merasa kelaparan
10. gangguan tidur seperti insomnia
11. Sukar untuk fokus
12. Berat badan sukar dikurangkan.
13. Hilang keinginan melakukan hubungan seksual.
14. Mudah terkena penyakit berjangkit
15. Kulit tidak sihat dan keguguran rambut
16. Sakit bahagian dada, mual, sakit kepala, dan pening.
Cara merawat Stres
Rawatan stres cara moden bukan sahaja bergantung pada ubat-ubatan ubatan sintetik tapi lebih memfokus kepada pengurusan mineral vitamin yang mencukupi untuk badan.
Bila mineral vitamin mencukupi stres akan dapat dikawal yang distabilkan sebaik mungkin.
Sayuran sayuran hijau dan buah buahan seperti beetroot, daun dan biji murungai, bayam, kangkung, pisang, potato dan kubis memang mengandungi magnesium amat disarankan untuk diambil secara konsisten setiap hari sekitar 300 hingga 400 gram untuk orang dewasa.
Magnesium memang dikenal pasti ejen utama untuk rawatan masalah stres dan perubahan mod.
Terapi pernafasan untuk meningkatkan kandungan nitric oxide dalam darah amat penting diamalkan untuk menstabilkan stres.
Nitric oxide yang mencukupi akan mengawal kecairan darah, degupan jantung dan fleksibiliti arteri.
Tidur nyenyak untuk tempoh 3 hingga 4jam akan membantu menyelesaikan masalah stres.
Banyak melakukan senaman ringan setiap hari akan menurunkan stres.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Stres telah dikenalpasti punca kepada penyakit kronik " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.