Upacara lantik samseng baru menyebabkan berlakunya kes dera di Sekolah Menengah Teknik Cheras Kuala Lumpur (1988)

Negara digemparkan dengan terbongkarnya satu kes penderaan fizikal yang berlaku di Sekolah Menengah Teknik Cheras pada 24 Mac 1988.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kes berkenaan melibatkan seorang pelajar lelaki tingkatan 5 bersama beberapa orang bekas pelajar lelaki atau “super senior” yang hadir ke sekolah itu untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM.

Pelajar tingkatan 5 tersebut yang bernama Hishamuddin meninggal dunia akibat kerosakan organ dalaman badannya setelah dia dikatakan dibelasah oleh beberapa orang bekas pelajar “Super Senior” di dalam tandas sekolah tersebut pada pukul 11.30 pagi.

 

Setelah dibelasah, Hishamuddin meminta kebenaran daripada guru kelasnya untuk pulang ke asrama atas alasan tidak sihat tanpa memberitahu apa yang sebenarnya berlaku.

 

Pada pukul 7.30 malam hari yang sama, beberapa orang pelajar melaporkan kepada warden asrama bahawa Hishamuddin sedang dalam kesakitan.

See also  Jangan jadi guru semata mata nak gaji sahaja

 

Atas arahan ketua warden, Hishamuddin dibawa ke hospital oleh warden asrama. Hanya beberapa ketika selepas dimasukkan ke dalam wad kecemasan, pada pukul 8.50 malam doktor mengesahkan bahawa Hishamuddin telah meninggal dunia.

 

Pada awalnya, laporan kematian Hishamuddin yang dikeluarkan oleh pihak polis pada 25 Mac 1988 menyatakan bahawa dia mati akibat sakit di dalam perut.

 

Namun keadaan berubah apabila bapa Hishamuddin membuat laporan kepada polis mengenai punca sebenar kematian anaknya, barulah menjadi kes jenayah.

 

Setelah disiasat, 2 orang bekas pelajar Sekolah Menengah Teknik Cheras telah didakwa menyebabkan kematian Hishamuddin.

 

Perbicaraan kes itu berlarutan di mahkamah juvana sehingga awal 1990. Beberapa perkara telah terbongkar di sepanjang perbicaraan itu.

See also  Bahagian-1 Perjuangan Air Mata Pembinaan Lebuhraya Timur Barat

 

Antaranya, mahkamah diberitahu mengenai wujudnya upacara perlantikan Samseng baru yang diamalkan.

 

 

Pelajar-pelajar yang dipilih akan menjalani ujian penderaan fizikal.

 

Hishamuddin dikatakan telah terlibat dalam ‘upacara penderaan ‘ sempena perlantikan nama gelaran samseng berkenaan.

 

Pada Julai 1989, atas arahan pihak pendakwa, pertuduhan dalam kes itu telah dipinda daripada ‘menyebabkan kematian’ kepada pertuduhan yang lebih ringan iaitu ‘menyebabkan kecederaan parah’.

 

Salah seorang bekas pelajar yang didakwa itu telah dibebaskan daripada pertuduhan apabila dia mengaku bersalah dan membuat permohonan maaf secara umum di dalam mahkamah kepada keluarga Hishamuddin.

 

Pada Januari 1990 seorang lagi bekas pelajar yang didakwa akhirnya turut dibebaskan daripada pertuduhan (alasan pembebasan: “the prosecution had failed to prove a prima facie case against the 19-year old”, “the prosecution had failed to prove the ingredients of the charge”).

See also  2 Pekerja di pukul kerana BERPUASA

 

Kekurangan saksi yang meyakinkan ialah antara penyebab bekas pelajar yang didakwa itu tidak dapat dibuktikan bersalah.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Upacara lantik samseng baru menyebabkan berlakunya kes dera di Sekolah Menengah Teknik Cheras Kuala Lumpur (1988) " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

Our Visitor

124405
Users Today : 3828
Users Yesterday : 2706
Users Last 7 days : 22077
Users Last 30 days : 69750
Users This Month : 18130
Users This Year : 124404
Total Users : 124405
Views Today : 5760
Views Yesterday : 4150
Views Last 7 days : 33539
Views Last 30 days : 108243
Views This Month : 27652
Views This Year : 190042
Total views : 190043
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.238.204.167
Server Time : 2022-08-07
0Shares