Jangan lupa 2004 Tragedi Bencana Tsunami meragut 216,858 nyawa.


26 Disember 2004 – Pada tahun 2004, satu gerombolan ombak tsunami telah melanda pantai negara-negara Asia terutamanya penduduk di antaranya ialah Malaysia, Acheh, Sri Lanka, India, Maldives, dan Thailand.
Di Malaysia, kawasan-kawasan yang terjejas adalah di persisiran pantai Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Perlis. Di Pulau Pinang kawasan yang terlibat ialah pantai Miami, Tanjong Tokong di Batu Feringgi, Pantai Pasir Panjang, Pulau Betong, Teluk Bahang, Balik Pulau dan Pantai Kuala Bekah.
Di negeri Kedah, kawasan yang dilanda tsunami adalah Kota Kuala Muda dan perkampungan nelayan di Pulau Langkawi. Manakala kawasan di negeri Perak sekitar Tanjung Piandang dan Kuala Sanglang di Perlis turut terjejas.
Tragedi ekoran dari gempa bumi dasar laut berukuran 8.9 pada skala Richter barat Sumatera telah menghasilkan pergerakan air laut dengan kelajuan 700 kilometer sejam menghentam pantai dan seterusnya memusnahkan bangunan-bangunan dan perkampungan pesisir pantai.
dan disifatkan paling dahsyat di dunia dalam tempoh 40 tahun. Gempa bumi yang berlaku di bawah dasar laut dengan gegaran dapat di rasai beribu-ribu kilometer jauhnya menyebabkan ombak besar tsunami berlaku pada paras kelajuan 700 kilometer sejam menyapu bersih bangunan, rumah-rumah dan sebagainya.
Seramai 216,858 orang mangsa terkorban di Indonesia, Sri Lanka, India, Maldives, Somalia, Myanmar, Tanzania, Bangladesh, Seychelles, Kenya, Thailand termasuk 68 orang di Malaysia.
Tragedi ini meninggalkan kesan besar ke atas mangsa pelbagai negara menghulurkan bantuan.
Sejak dari kejadian itu beberapa negara telah memberi kerjasama memasang alat pengesan gempa bumi di kawasan berkecenderungan tinggi berlakunya gempa.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Jangan lupa 2004 Tragedi Bencana Tsunami meragut 216,858 nyawa. " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.