Satu maklumat dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia menjelaskan lagi betapa tegangnya konflik mencari makanan dikalangan haiwan dengan kemusnahan hutan yang dilakukan oleh manusia.

Didapati seekor harimau menghampiri pagar sekolah kebangsaan balar gua musang pada tarikh 10 Januari 2022.
Negara memiliki kementerian khusus untuk menjaga kesejahteraan haiwan hutan iaitu kementerian tenaga dan sumber asli atau KETSA. Kerajaan negeri yang berkuasa penuh keatas urusan pembalakan tidak boleh memejam mata begitu sahaja.
Ini soal kesejahteraan manusia dan haiwan yang amat dititikberatkan oleh Islam.
Peranan kementerian dan kerajaan negeri tidak agresif menangani isu ini menjadi punca kepada haiwan-haiwan berkenaan berkeliaran dalam kawasan manusia.
Sumber makanan yang sudah tahap kritikal sukar dicari di dalam kawasan habitat menyebabkan haiwan berkenaan merayau keluar.
Ini adalah kesan daripada pembalakan dan penerokaan hutan berleluasa tanpa ada syarat tegas dikenakan.
Pembalakan mesti dikenakan syarat menyediakan kawasan penternakan sumber makanan untuk haiwan hutan seperti kijang rusa landak dan juga penanaman pokok-pokok berbuah.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Konflik makanan kronik harimau masuk berhampiran sekolah di Gua Musang. " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.