Rugi besar Buang Kuning Telur akibat silap faham tentang kolesterol

Ramai di antara kita yang hanya memilih untuk makan putih telur sahaja kerana ingin mengelakkan kandungan kolesterolnya. Ini adalah persepsi yang salah dan merugikan.

Telur terdiri daripada dua komponen utama iaitu putih dan kuning telur selain kulit cengkerang.

Berikut 8 khasiat telur ayam yang berjaya dikenalpasti.

1. Memiliki 17 bahan semulajadi yang penting untuk badan.

 

Tenaga

Protein

Lemak (lipid)

Karbohidrat

Kalsium

Zat besi

Magnesium

Fosforus

Kalium

Zink

Selenium

Folat

Kolina

Vitamin A

Vitamin E

Vitamin D

Omega-3

 

Telur juga kaya dengan vitamin B1, B2, B3, B6, B12 dan K serta mineral tembaga.

 

Bahan Omega-3 dalam telur kuning penting untuk memulihkan masalah keradangan dalam organ badan.

 

2. Kolesterol telur amat baik untuk kelancaran aliran darah, merendahkan kolestrol jahat serta membekalkan tenaga kepada organ organ badan.

 

3. Membantu Meningkatkan Kolesterol Baik supaya lebihan kolestrol dikeluarkan dari badan dan dikembalikan ke organ hati untuk proses penyingkiran.

Tahap kolesterol baik HDL yang tinggi dapat merendahkan berisiko untuk menghidap penyakit jantung, strok atau penyakit kardiovaskular yang lain.

 

Pengambilan dua biji telur rebus setiap hari untuk tempoh enam minggu didapati mampu meningkatkan 10 peratus kolestrol baik di dalam darah

 

4. Mengandungi Vitamin B9( folat) penting untuk Wanita Mengandung dan Menyusu.

 

Vitamin B9 amat penting terutama fasa mengandung, menyusu, bayi dan juga remaja.

 

Selain berperanan untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dalam sumsum tulang, Vitamin B9 juga berperanan dalam proses menukarkan karbohidrat kepada tenaga dan penghasilan DNA.

 

Kesihatan dan perkembangan otak bayi dalam kandungan bergantung kepada Vitamin B9

 

5. Mengandungi Kolina yang Baik untuk kesihatan Otak

 

Sebiji telur bersaiz besar boleh membekalkan 147 mg kolina.

 

Kolina amat diperlukan oleh dalam badan manusia antaranya untuk pembentukan otak dan memori bayi dalam kandungan serta mengurangkan risiko terjadinya kecacatan sistem tiub neural .

 

Kolina ini juga penting untuk orang dewasa atau tua untuk mengurangkan risiko organ hati dan kekejangan otot.

 

 

6. Mengandungi Lutein dan Zeaxantin Yang Baik untuk Mata

 

Khasiat telur turut merangkumi kandungan antioksidannya iaitu lutein dan zeaxantin. Bagi sebiji telur bersaiz besar seberat 50 gram, terdapat 252 mikrogram lutein dan zeaxantin.

 

Lutein dan zeaxantin banyak terkumpul di bahagian retina mata.

 

Lutein dan zeaxantin berfungsi sebagai antioksidan yang melindungi mata daripada radikal bebas dan menyerap sinaran UV yang berlebihan.

Pengambilan makanan yang mengandungi lutein dan zeaxantin boleh melindungi mata daripada penyakit seperti:

 

Degenerasi makular berkaitan usia (AMD)

Katarak

Uveitis

7. Tinggi Protein dan Rendah Karbohidrat

Telur kuning juga adalah makanan yang boleh membekalkan protein yang berkualiti tinggi dan rendah dengan nilai karbohidratnya.

 

8. Sumber Kepada Omega-3

Kuning telur menyumbang asid lemak Omega-3 penting untuk merawat inflamasi, Membantu mengawal fungsi jantung dan menstabilkan paras kolesterol baik.

(Visited 8 times, 1 visits today)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rugi besar Buang Kuning Telur akibat silap faham tentang kolesterol " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares